Kevin Mitnick
Kevin David Mitnick (Dilahirkan pada 6 Ogos 1963). Pada usianya 12 tahun dia menggunakkan kaedah Social Engineering untuk memintas sistem "Punchcard" yang digunakkan pada bas-bas di Los Angeles. Social Engineering merupakan kaedah utama beliau untuk mendapatkan maklumat termasuk nama pengguna, kata laluan dan nombor telefon modem.
Jenayah-Jenayah lain yang dilakukan Oleh Kevin Mitnick:
1. Menggunakan sistem pemindahan bas Los Angeles untuk mendapatkan perkhidmatan secara percuma.
2. Menggodam kedalam sistem DEC untuk melihat kod sumber VMS
3. Mendapat keistimewaan penuh sebagai pentadbir(administrator) kepada IBM minicomputer di Pusat Pembelajaran Komputer di Los Angeles untuk memenangi pertaruhan.
4. Mengodam sistem Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystem, dan Fujitsu siemens.
5. Mencuri manual komputer dari pusat pensuisan telefon Pacific Bell di Los Angeles.
6. Membuat panggilan telefon bimbit secara percuma.


0 comments:
Catat Ulasan