Laman pembelajaran mengenali dunia hacking.. Selamat melayari dan mempelajari...

Selamat Datang ke Dunia HACKING..!!

Tutorial Membuat Keylogger

Posted on 12:58 PG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Robert Tappan Morris



Robert Tappan Morris:


Merupakan anak kepada Robert Morris bekas saintis Agensi Keselamatan Kebangsaan, juga dikenali sebagai pencipta virus Morris Worm. Morris Worm merupakan worm komputer pertama yang disebarkan di internet. Disebabkan kesalahannya dia merupakkan orang yang pertama didakwa dibawah Penipuan Komputer dan Akta Penyalahgunaan 1986.


Morris menulis kod untuk worm ketika dia masih menuntut di Cornell. Dia menegaskan bahawa beliau berhasrat untuk melihat betapa besarnya internet.Walaubagaimanapun, worm tersebut mereplikasikan dirinya secara berlebihan, memperlahankan komputer supaya ia tidak lagi boleh digunakkan. Tidak dapat dikenalpasti berapa banyak komputer yang terjejas, namun ada pakar-pakar menganngarkan bahawa 6,000 mesin terjejas. Dia dijatuhkan hukuman akhlak selama 3 tahun, 400 jam khidmat masyarakat dan didenda sebanyak $10,500.


Morris kini bekerja sebagai seorang professor di Makmal Sains Komputer dan Kepintaran Buatan di MIT.


Posted on 12:33 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Cara Mengesan Phishing

Posted on 12:26 PG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Cara Mengesan Keylogger Pada Komputer

Posted on 12:17 PG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Kevin Mitnick



Kevin David Mitnick (Dilahirkan pada 6 Ogos 1963). Pada usianya 12 tahun dia menggunakkan kaedah Social Engineering untuk memintas sistem "Punchcard" yang digunakkan pada bas-bas di Los Angeles. Social Engineering merupakan kaedah utama beliau untuk mendapatkan maklumat termasuk nama pengguna, kata laluan dan nombor telefon modem.

Jenayah-Jenayah lain yang dilakukan Oleh Kevin Mitnick:

1. Menggunakan sistem pemindahan bas Los Angeles untuk mendapatkan perkhidmatan secara percuma.

2. Menggodam kedalam sistem DEC untuk melihat kod sumber VMS

3. Mendapat keistimewaan penuh sebagai pentadbir(administrator) kepada IBM minicomputer di Pusat Pembelajaran Komputer di Los Angeles untuk memenangi pertaruhan.

4. Mengodam sistem Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystem, dan Fujitsu siemens.

5. Mencuri manual komputer dari pusat pensuisan telefon Pacific Bell di Los Angeles.

6. Membuat panggilan telefon bimbit secara percuma.

Posted on 12:18 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Script Kiddies


SCRIPT KIDDIES

Adalah satu istilah yang menghina yang digunakkan untuk mengambarkan orang-orang yang menggunakkan skrip atau program-program yang dibangunkan oleh orang lain untuk menyerang sistem komputer dan rangkaian dan juga merosakkan laman web.

Posted on 2:58 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

White Hat Hacker



WHITE HAT HACKER

Hacker yang menggunakkan kebolehan dan kepakaran mereka untuk kebaikkan diklasifikasikan sebagai white hat hacker atau hacker "topi putih". Hacker topi putih ini sering bekerja sebagai hacker yang beretika yang disewa oleh syarikat-syarikat untuk menyemak dan menguji intergriti sistem syarikat syarikat mereka. White Hat Hacker ini mengikuti segala perkembangan teknologi untuk memerangi "Black Hat Hacker".
Posted on 2:48 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Black Hat Hacker




BLACK HAT HACKER

"Black Hat Hacker" juga dikenali sebagai "cracker" merupakan seseorang yang mempunyai niat jahat dimana mereka menceroboh masuk ke dalam sistem komputer atau rangkaian dengan bertujuan mencuri data, merosakkan sistem atau menghasilkan virus pada komputer atau server yang mereka cerobohi. Ada juga diantara mereka mengodam untuk keuntungan sendiri ataupun menunjuk-nunjuk kehebatan yang mereka perolehi. Black Hat Hackers mencari jalan yang atau ruang yang lemah pada sesuatu sistem untuk mereka cerobohi. Ruang atau kelemahan ini wujud atas kesilapan manusia atau kekurangan dari sistem itu sendiri.


Posted on 2:36 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Social Engineering





KEJURUTERAAN SOSIAL(Social Engineering)


Meyakinkan orang lain untuk memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai suatu sistem, kerap kali dengan dakwaan palsu. Contoh ketara ialah menanya seseorang mengenai kata laluan atau akaun mereka dengan menyamar sebagai seseorang. Contoh yang lebih licik ialah menanyai mengenai barangan promosi atau rujukan teknikal mengenai sistem syarikat, mungkin dengan berpura-pura sebagai pentadbir sistem.
Posted on 6:36 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Packet Sniffer




PENGHIDU PACKET (Packet sniffer)

Satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, yang boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian.
Posted on 6:33 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Keylogger




KEYLOGGER

adalah software seperti stealer tapi ia merakam kan apa yang ditaip di keyboard anda dan menghantar melalui email, ftp, php hosting kepada hacker.Ia juga terdapat dalam bentuk hardware dan software.
Posted on 6:31 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Trojan Horse




TROJAN HORSE

Program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara, seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Tetapi ia tidak semestinya program jahat. Trojan horse boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun dan menjalankannya juga kadang kala dipanggil Trojan Horse.
Posted on 6:02 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Stealer






STEALER


adalah virus untuk mencuri id(identification) atau fail data jika anda mengirim virus atau server yang di create oleh software stealer kepada mangsa dan mangsa menekan server yang di create oleh stealer anda akan dapat email,atau segalanya seperti id yahoo,facebook dah sepertinya.
Posted on 5:59 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

DOS/DDOS




DDOS/DOS

serangan DDoS bukanlah akibat dari virus tetapi ia merupakan satu cara bagi “Hackers” untuk mengelak atau menghalang pengguna yang sah dari mengakses ke computer atau server. DoS adalah singkatan kepada
Denial of Service manakala DDoS adalah bermaksud Distributed Denial of Service.

kebiasaannya, pengguna hanya perlu menghantar pesanan kepada pelayan untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan, pelayan akan menghantar pengesahan kepada pengguna semula. Setelah itu barulah pengguna diberi laluan ke pelayan.

tapi bila serangan DoS berlaku, penyerang akan menghantar beberapa pesanan pengesahan kepada pelayan dengan alasan untuk memenuhi ruang pelayan tersebut. Kesemua pesanan akan mempunyai alamat yang palsu apabila cuba dikembalikan, jadi pelayan akan cuba mencari pengguna-pengguna ini terlebih dahulu apabila ia cuba mengembalikan pengesahan pesanan tadi. Seterusnya pelayan akan berhenti seketika sehingga memakan masa beberapa minit sebelum menutup sambungan tersebut. Setelah selesai menutup sambungan tersebut, penyerang akan menghantar lagi beberapa pesanan palsu sekali lagi dan proses akan bermula sekali lagi. Sekaligus akan mengikat perkhidmatan tersebut tanpa putus-putus
Posted on 5:56 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Botnet




BOTNET

Botnet merupakan perkataan yang digunakan bagi koleksi perisian robot atau bot yang dijana secara automatik. Ia bergerak dalam komputer ‘zombie‘ yang dikawal secara mudah alih oleh penggodam. Proses mencuri sumber perkomputeran sebagai hasil sistem digabungkan menjadi botnet juga dikenali sebagai scrumping.

Perkataan botnet boleh digunakan untuk merujuk kepada satu kumpulan bot seperti IRC bot, iaitu perkataan yang biasa digunakan bagi merujuk kepada sekumpulan compromised computer (dinamakan komputer ‘zombie’), yang mana ia menjalankan program cecacing(worm), Trojan Horse, atau backdoor di bawah kawalan satu infrastruktur. Botnetoriginator (bot herder) boleh mengawal kumpulan berkenaan secara mudah alih dan biasanya atas sebab-sebab yang mencurigakan.

Bot biasanya bergerak secara sembunyi dan sukar dikenalpasti kerana ia mampu melindungi pergerakannya dengan menjadi sebahagian daripada internet. Bot baru boleh menyaring persekitaran mereka secara automatik serta mengembangkan fungsinya dengan menggunakan kelemahan pengguna. Apa yang lebih menakutkan, ia boleh menjadi botnet yang mengawal sesuatu komuniti.

Biasanya botnet akan melibatkan pelbagai medium perhubungan seperti dial-up, ADSL dan kabel serta pelbagai jenis rangkaian seperti pendidikan, korporat, kerajaan dan kadang-kala ketenteraan.

Kajian mendapati, satu perempat daripada semua komputer peribadi yang berhubung dengan internet mempunyai botnet.

Pengimbas kerentanan (Vulnerability scanner)
Alat yang digunakan untuk memeriksa komputer dalam rangkaian dengan cepat, jika ada kelemahan yang diketahui. Penggodam juga biasanya menggunakan pengimbas port (port scanner). Program ini memeriksa port mana pada suatu komputer yang “terbuka” atau boleh digunakan untuk memasukinya, dan ada kalanya mengesan program yang menggunakan port tersebut, serta versinya. (Nota: Firewall mempertahankan komputer dari penceroboh dengan mengehadkan capaian masuk dan keluar kepada port/mesin, namun ia masih boleh dipintas.)
Posted on 5:54 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Phishing



PHISING

Phising, adalah satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya.

Perbuatan ini semakin popular dan telah ramai pengguna yang menjadi mangsa penipuan seperti ini. Penipuan dengan cara phising bukan sahaja semakin meluas, tetapi juga semakin bijak memperdaya para pengguna. Sesetengah laman web ini diletakkan pada server yang tidak menggunakan protokol standard sehingga tidak berjaya dikesan.
Posted on 5:48 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »

Definisi Hacking




DEFINISI HACKING:

Hacking(Menggodam) adalah satu aktiviti ataupon cara untuk meyusup masuk kedalam sistem komputer ataupun jaringan bertujuan untuk "meyalahgunakan" atau merosakkan sistem yang ada.

Definisi dari perkataan "menyalahgunakkan" memiliki erti yang sangat luas, dan menyalahgunakkan dari istilah hacking ini adalah pencurian data rahsia sama ada dari sesebuah organisasi mahupun data dari sebuah komputer biasa. Walaubagaimanpun, bukan semua orang yang menggodam mempunyai tujuan atau niat yang jahat ada juga yang menggodam bertujuan untuk menguji keselamatan rangkaian sesuatu organisasi dan berbagai-bagai lagi.

ISTILAH "HACKING" DAN "HACKER":

HACKING:
Adalah kaedah atau cara yang digunakkan untuk menceroboh kedalam sistem komputer ataupun jaringan.


HACKER:
Adalah orang yang melaksanakan kaedah mengodam kedalam sistem komputer ataupun jaringan.


Posted on 6:05 PTG by Mohd Sofian a.k.a Budak Kampung and filed under | 0 Comments »